Pengunjung2 keKelantan pasti pernah melihat dan merasa berbagai2 kuih tradisional yang dijual dipasar2 dan diwarong2 ditepi jalan. Sesetengah kuih ini juga sekarang mendapat tempat dikopitiam2 dan juga dihotel2 besar. Kuih2 ini ada dalam pelbagai bentuk dan warna. Semuannya manis2 belaka. Sesetengahnya boleh didapati sepanjang tahun manakala sesetengah pula dibuat dan dijual pada musim2 tertentu sahaja iaitu seperti dalam bulan puasa.Berikut saya akan paparkan beberapa jenis kuih muih yang kita biasa temui.dan cara2 memakannya.Gambar2 kuih2 ini kami ambil dari beberapa laman web. Terima kasih kpd yang berkenaan.Kuih dibawah ni dipanggil kuih onde-onde. Ia diperbuat daripada bahan 2 seperti tepung beras pulut,manisan ,kelapa muda parut, garam, air dan daun pandan (untuk warna dan baunya yang harum) Kuih ini boleh didapati sepanjang tahun tetapi lebih diminati waktu bulan puasa. Ia sesuai dimakan semasa minum petang. kuih butir nangka ia dimakan bersama kuah dari santan kelapa.ia diberi nama tersebut kerana menyerupai butir nangka.Bahan2 yang digunakan sama dengan kuih diatas tadi .Cuma ia menggunakan santan kelapa yang dimasak dengan memasukkan halba untuk rasa dan baunya yang unik. sebagai kuahnya.Sangat sesuai dimakan disebelah petang. Ia juga boleh didapati sepanjang masa.Tidak kurang tradisionalnya ialah tepung bungkus. Ia merupakan tepung beras yang diletakkan dua ketul inti kelapa yang manis dikiri kanannya.Rasanya lemak kerana tepung beras pulut diadungkan dengan santan dan dibungkus dengan daun pisangdikukus.Tepung ini boleh didapati sepanjang masa.Boleh dibeli diwarung2 dan dimarket2 bahagian kuih muih. Ianya sedap dimakan bersama kopi o.disebelah pagi atau petang.Kuih yang berbentuk bulat ini pula dipanggil buah gomok. Ia diperbuat daripada tepung beras pulut yang dimasak dengan kelapa muda dan gula serta sedikit air. Tepung ini akan dibentuk menjadi bulat dan kemudian digolek diatas tepung pulut.Biasanya memang sangat manis.Waktu memakannya tak perlukan kopi atau teh.Memang dengan air batu kosong pun menjadi! Bagaimana pun orang2 muda kurang minat dengan kuih ini .Mungkin kerana bentuknya yang kurang menarik dan kelihatan clumsy kot!Selain itu kuih nekbat juga sangat disukai ramai. Biasanya kuih ini akan muncul dalam bulan puasa sahaja. Ia dibuat daripada tepung gandum,telur ayam, gula dan beb helai daun pandan. Adunan tepung dan telur dibakar sehingga menjadi macam baulu dan keras. Kemudian ia disira dalam air gula dan sedia untuk dimakan.Sayangnya kuih ini tak boleh tahan lama sebab ia akan menjadi kembang dan lembik.Kuih akak merupakan kuih yang popular dan mesti ada dalam hidangan dimajlis2 berbuka puasa .dan dikenduri2 majlis kahwin sebagai pembasuh mulut.Dan yang lebih penting ia merupakan salah satu kuih yang dibawa kemajlis2 merisik, meminang dsbnya . pendek kata ia boleh dianggap kuih yang ada kelas diKelantan ni. Ia dibuat dari telur , santan ,gandum serta manisan atau gula.Terdapat 2jenis iaitu akak berkedut dan satu lagi dari jenis yang besar.Kedua2 menggunakan acuan dari tembaga.Persoalan samaada kuih kosui ini sebagai kuih melayu asli tidak dapat dipastikan.Ada yang berpendapat ia sebagai kuih nyonya.yang disebut sebagai kuih koswee.Dikalangan peminat kuih melayu asli dikelantan kuih ini dikenali sebagai kuih kosu. Kuih ini di buat daripda tepung beras dan dan sedikit tepung ubi kayu yang diadun bersama air gula atau manisan serta air daun pandan.Adunan yang dimasak sehingga pekat itu samada dituang dalam acuan atau kedalam talam kemudian dikukus beberapa minit. Ia enak dimakan dengn kelapa parut muda dan biasa dihidang untuk minum petang.Ini adalah kuih yang dipanggil lompat tikam. Bagaimana ia mendapat nama ini sukar ditentukan.Lompat tikam terdiri dari 4 komponen iaitu kueh itu sendiri, kepala santan, pulut merah dan manisan.Yang tepung itu diperbuat daripada tepung beras,pewarna hijau, garam dan sedikit air kapur.Manakala yang berwarna putih itu terdiri dari santan pekat,tepung beras dan sedikit garam supaya ada rasa masin sedikit.Akhirnya ialah manisan dan pulut bewarna merah.Kueh ini boleh diperolehi sepanjang masa, biasanya digerai2 menjual kueh.Sesuai dimakan waktu minum petang.Ini namanya kuih puteri mandi.bagaimana ia mendapat nama ini? Saya percaya ia ada kaitan dengan bentuk kuih ini yang berbentuk leper dan kecil molek memakai baju warna hijau atau pink macam puteri2 ! Memang ia nampak macam mandi kerana dilitupi oleh air gula bercampur kelapa muda yang diparut.Ia memang manis.Ia dibuat daripada bahan2 seperti membuat onde2.Bezanya ia digauli dengan air gula dan kelapa muda parut. Kuih ini mudah didapati dipasar2 menjual kuih. Atau dibulan ramadhan ia pasti kelihatan berada antara deretan lain2 kuih yang dijual dipasar2.Yang dibungkus dengan daun pisang ini dan berbentuk kon dipanggil kuih suna-bahasa kelantan untuk serunai.Dipanggil kuih suna mungkin kerana bentuknya seperti serunai.Waktu tu mungkin bentuk kon asing kpd pembuat kuih ini. Sebab itu ia tidak dipanggil kuih kon! Terdapat dua bahagian pd kuih ini.Bahagian bawah terdiri daripada adunan tepung beras,manisan ,air,dan garam. Manakala bahgian atas pula merupakan krim santan yang dibubuh sedikit garam. ia dimasak secara kukus.Sedap atau tidak kuih ini banyak bergantung kepada bahagian ini.Kuih ini nampaknya digemari juga oleh kanak2 selain golongan dewasa mungkin kerana bentuknya yang kecik molek.
Ini adalah laksam dan ia merupakan makanan kegemaran anak2 Kelantan dan sekarang sudah terkenal dikalangan orang2 ‘luar’ juga. Ia diperbuat dengan tepung beras biasa , diadun dengan air dan dikukus nipis . Setelah masak ianya digulung dan dipotong menggunakan gunting apabila nak makan. Kuahnya sama dengan kuah laksa kelantan iaitu santan dan ikan rebus,yang dihancurkan. ;lada hitam dan asam gelugur. Enak dimakan dengan ulam2 seperti kacang panjang,yang dipotong halus togeh daun samak sedikit belacan dan lada mesen agar rasanya pedas.
Kebanyakan kuih2 yang disebutkan disini telah mengalami perubahan dari segi pembungkusannya. waktu dulu2 kuih2 ini dibungkus dalam daun pisang tapi sekarang ia dipack dalam plastik saja.Mungkin ini disebabkan daun2 pisang yang sesuai sukar didapati disesetengah tempat.Jadi aspek ketradisionalannya kuranglah sikit.
Ini adalah diantara kuih2 tradisional kelantan..diharap berjumpa lagi..
No comments:
Post a Comment